Pengenalan
Permainan wau ini juga
dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh
penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih
digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah
dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai
nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak,
wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat.
Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya
bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan
diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga
menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua
orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru
anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan
arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut
tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang
berwarna-warni itu.
No comments:
Post a Comment